Sunday, December 19, 2010

SMTK in MeMoriEs...


 Aku rindu dengan telatah kamu semua...
Aku rindu dengan suasana persekolahan..Aku rindu akan kemesraan yang terjalin antara kita walau kita semua berasal dari tempat yang berbeza... namun setelah beberapa lama kemudian kita semua menjadi rakan yang akrab... Sepanjang perjuangan kita semua dalam mencapai matlamat yang sedia tersemat kukuh ...
setiap waktu dan ketika yang berlalu adalah episod yang tidak mungkin kita dapat ulangi ..
semua kenangan yang tercipta selama kita semua berada di bumi SMTK @ PKOM..
Buat sahabat-sahabatku Izzatulfaris,Amin,Ridzuan, Al-Afiq, Ahmad Fahmi, Haikal, Faris, Khairul Arifin, Faiz, Azizi, Naqiuddin, Abdullah Khuzairi, Attir Hannany, Afifah Anati, Nur Farhana ,Shahirah Adilah & NurFaizah...
episod suka dan duka akan kekal menjadi kenangan yang tersemat teguh dalam sanubari kita semua..
semoga satu hari nanti kita semua akan berkumpul kembali ... mudah-mudahan...
buat guru-guru kami.. Guru Kelas: Pn. Fauzian, En.Rizal, En. Kuan, En. Gan, En. Azrad, Pn.Sa'diah, Pn. Saliana,En. Hadi,En. Faizal,Ustzh Fauziah, & lain-lain..
halalkan segala ilmu yang kalian curahkan kepada kami.. harap maafkan juga segala kenakalan kami...hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala jerit perih dan jasa-jasa kalian...(^_^)

No comments:

Post a Comment